Adab Membaca Al-Qur’an

AL-Quran adalah kalam Allah yang paling mukjizat sekali di dunia ini. Membacanya dapat menenangkan hati dan jiwa bagi mereka yang rajin membaca. Membacanya juga dapat menyembuhkan seribu satu penyakit yang dialami oleh manusia untuk mengubati penyakit misteri yang kita alami.

Maka tidak hairanlah banyak pusat perubatan islam sekarang ini tumbuh bagai cendawan untuk membantu orang lain yang mempunyai penyakit yang sukar diubati dengan menggunakan ayat Al-Qur’an. Lihat betapa hebatnya kuasa dan mukjizat menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an ini.

Tetapi hari ini kita bukan membincangkan tentang cara mengubati penyakit menggunakan Al-Qur’an, malah kita akan membincangkan tentang adab-adab membaca Al-Quran . Perkara ini adalah asas di mana kita mahu mendalami Al-Qur’an itu sendiri. Nabi s.a.w itu sendiri pernah bersabda

“ Sebaik-baik kamu adalah orang yg mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

Untuk itulah tiada ilmu yang lebih utama dipelajari oleh seorang muslim melebihi keutamaan mempelajari Al-Qur’an. Adalah sangat penting diri kita bersih dari segala kekotoran untuk membacanya. Iman Haramain berkata :

“ Orang yang membaca Al-quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu yang utama.

Ketika membaca Al-Qur’an, maka seorang muslim perlu memperhatikan adab-adab berikut ini untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membaca Al-Qur’an:

Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
Membaca dalam keadaan berwuduk.
Mengadap ke arah kiblat.
Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

Semoga panduan ini dapat menjadi pedoman dan panduan bagi diri kita sendiri, Aamiin.
Rujukan : http://www.muslim.or.id, http://www.harian-metro-online.com

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s